Thursday, March 25, 2010

PUTERI CERIA -nukilan Tuan Mudir










قال النبى صلى الله عليه وسلم : ان الله جميل يحب الجمال


Maksud Hadith :


"Sesungguhnya Allah itu Indah dan Dia suka kepada keindahan"


maka saya MESTI menjaga;



  1. BADAN SAYA ; supaya bersih, sihat, cergas dan berbau harum

  2. WAJAH SAYA; supaya bersih, segar, sentiasa kelihatan senyum dan berseri

  3. RAMBUT SAYA; supaya bersih, kemas dan harum

  4. KUKU SAYA; supaya bersih ,sentiasa pendek, dan menarik

  5. GIGI SAYA; bersih putih, dan berseri

  6. PAKAIAN SAYA; supaya bersih,kemas, sopan dan menutup aurat mengikut syariat

  7. SEMANGAT SAYA; supaya sentiasa berkobar-kobar untuk menjadi Juara Insan Cemerlang

  8. TUGASAN SEKOLAH SAYA; supaya siap dan sempurna

  9. PERALATAN SEKOLAH SAYA; supaya lengkap dan boleh diguna dengan baik


  10. KEHADIRAN SAYA KE SEKOLAH; supaya awal pagi dan berdisiplin



    "ORANG LAIN MELIHAT SAYA SIHAT, SMART DAN HEBAT"


اللهم عافنى فى بد نى اللهم عافنى فى سمعى اللهم عافنى فى بصرى لا اله الا انت


Ya Allah sihat sejahterakanlah tubuh badanku, Ya Allah sihat sejahterakanlah pendengaranku, Ya Allah sihat sejahterakanlah penglihatanku, tiada Tuhan melainkan Engkau








قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ان الله لا ينظر الى اجسامكم ولا الى صوركم ولكن ينظر الى قلوبكم وأعمالكم


(رواه مسلم)


Maksud Hadith :


"Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuh badan dan rupa parasmu.


Akan tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu"


Keindahan jasmani yang zahir sahaja tidak memadai dan tidak bernilai disisi Allah tanpa keindahan rohani. Oleh itu, saya mesti menjaga HATI saya ;



  1. IKHLAS KEPADA ALLAH ; dalam mencari ilmu, melakukan ibadat dan amal kebajikan

  2. SUCI DARI SIFAT MAZMUMAH ; hasad dengki, irihati, takabbur,riya', ujub,dan suka dipuja dan dipuji.

  3. INGAT DAN TAKUT KEPADA ALLAH; selalu berzikir dan mengamalkan bacaan Al-Ma'thurat pagi dan petang.

  4. KASIH KEPADA RASULLULAH S.A.W.; selalu berselawat ke atas Nabi S.A.W.

  5. KASIH KEPADA IBUBAPA DAN KELUARGA SERTA SAUDARA MARA DAN JIRAN TETANGGA

  6. KASIH KEPADA GURU-GURU DAN RAKAN-RAKAN DI SEKOLAH

  7. SUKA MELAKUKAN KEBAIKAN DAN BENCI KEPADA KEMUNGKARAN

  8. BERSANGKA BAIK SESAMA ORANG ISLAM

  9. SUKA MENGERJAKAN PUASA SUNAT PADA HARI ISNIN


  10. DARI DI GANGGU OLEH MAKANAN YANG KOTOR,SYUBHAT DAN HARAM

    "SAYA TAHU BAHAWA HARI ISNIN ADALAH HARI LAHIR NABI S.A.W.. HARI NABI BERHIJRAH KE MADINAH AL MUNAWWARAH DAN HARI WAFAT BAGINDA S.A.W."


اللهم أعنى على دكرك وشكرك وحسن عبادتك....









قال النبى صلى الله عليه وسلم : أكمل المؤمنين ايمانا احسنهم خلقا

Maksud Hadis :


"Orang mukmin yang yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya di kalangan mereka"


Oleh itu saya mesti;



  1. MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DENGAN CEMERLANG DAN BERKESAN

  2. MENGHARGAI DAN BERTERIMA KASIH KEPADA ORANG YANG MEMBERI PERTOLONGAN

  3. MEMBERI DAN MENERIMA NASIHAT SERTA KRITIKAN DENGAN HATI YANG IKHLAS

  4. BERBUDI BAHASA, BERSOPAN SANTUN DAN BERAKHLAK MULIA.

  5. MEMBERI SALAM DAN SENYUMAN APABILA BERTEMU

  6. BERTEGUR SAPA DAN SELALU BERTANYA KHABAR

  7. MUDAH MEMAAFKAN KESILAPAN ORANG LAIN

  8. PEMURAH DAN TIDAK MEMBAZIR

  9. SUKA MENOLONG ORANG LAIN

  10. TIDAK SUKA BERTENGKAR

اللهم اجعلنى صبورا واجعلنى شكورا واجعلنى فى عينى صغيرا وفى أعين الناس كبيرا


"Ya Allah, Jadikanlah aku seorang yang banyak bersabar, dan jadikanlah aku seorang yang selalu bersyukur dan jadikanlah aku pada pandangan diriku seorang yang kecil dan pada pandangan orang lain seorang yang agung"






قال تعالى : يا ايها الدين امنوا لا ترفعوا أصواتكم فوق صوت النبى.....(الحجرات : 2)


Maksudnya :



"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suara kamu mengatasi suara Nabi"


قال تعالى : ما بلفظ من قول الا لد يه رقيب عتيد (سورة ق)


Maksudnya :



"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan melainkan disisinya ada Malaikat yang sentiasa mengawasi dan mencatat segala ucapannya"


Oleh itu saya MESTI;



  1. BERCAKAP DENGAN BAHASA YANG LEMBUT DAN SEDAP DIDENGAR.

  2. BERCAKAP DENGAN BAHASA YANG BETUL, JELAS DAN MUDAH DIFAHAMI.


  1. MENGGUNAKAN BAHASA YANG TEPAT, JELAS DAN RINGKAS SEMASA MEMBUAT PENGUMUMAN SAMADA SECARA LISAN ATAU BERTULIS.

  2. MENGGUNAKAN BAHASA ARAB DAN BAHASA INGGERIS DI SAMPING BAHASA MELAYU SEMASA MEMBUAT PENGUMUMAN.


  3. BERANI BERTUTUR DALAM BAHASA ARAB ATAU BAHASA INGGERIS DENGAN GURU DAN RAKAN SEMASA BERADA DI SEKOLAH.


    1. MENDALAMI BAHASA ARAB SUPAYA DAPAT MEMBACA DAN MEMAHAMI ALQURAN DAN HADITH DENGAN BAIK.

  4. BERUSAHA SEDAYA UPAYA MENGUASAI BAHASA INGGERIS DAN BAHASA CINA UNTUK MENAMBAHKAN ILMU DAN MENYAMPAIKAN DAKWAH KEPADA ORANG BUKAN ISLAM.

  5. MENGELAKKAN DIRI DARI MENGUCAPKAN KATA-KATA YANG KESAT, LUCAH DAN BOLEH MENYAKITKAN HATI ORANG LAIN


  6. MENCERIAKAN SUASANA BILIK DARJAH DAN PERSEKITARAN SEKOLAH DENGAN POSTER, CARTA, KALIMAH ARAB DAN SENI KHAT YANG INDAH DAN MENARIK.



    1. MENDAPAT "A" DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU, BAHASA ARAB DAN BAHASA INGGERIS DALAM SEMUA PEPERIKSAAN






    قال تعالى : وشاورهم فى الأمر فادا عزمت فتوكل على الله


    Maksudnya :


    "Dan bermesyuaratlah ( wahai Muhammad ) dengan mereka dalam sesuatu urusan. Maka apabila engkau telah menetapkan keazaman untuk melakukan sesuatu, maka bertawakkallah kepada Allah."


    maka saya mesti;



    1. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

    2. MELIHAT UNTUK MASA HADAPAN DENGAN YAKIN DAN OPTIMIS

    3. BERANI MENEMPUH CABARAN DAN TIDAK BERPUTUS ASA. 'HENDAK SERIBU DAYA, MAHU SERIBU CARA'

    4. MEMBUAT PENILAIAN DAN MUHASABAH DIRI SETERUSNYA MEMBAIKI KESILAPAN.

    5. MENERIMA TEGURAN DAN KRITIKAN DENGAN HATI TERBUKA. "AMBIL YANG JERNIH, BUANG YANG KERUH"

    6. MENGADAKAN MESYUARAT BAGI MENYELESAIKAN MASALAH DAN MERANCANG PROGRAM AKAN DATANG

    7. SUKA BERBINCANG DAN BERKONGSI PENGALAMAN

    8. MENCARI IDEA-IDEA BARU UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN DAN KUALITI

    9. SELALU BERFIKIR DAN BANYAK BERZIKIR


    10. SELALU MERANCANG UNTUK KEMENANGAN ISLAM





مقصود حديث : اورغ يغ فاليغ بيجق اياله اورغ يغ بايق محاسبه ديري سنديري دان
يغ فاليغ بايق مغيغتي ماتي